Saturday, January 8, 2011
Sama banyak
Allah S.W.T berfirman dalam sebuah hadis qudsi: "Wahai manusia, perbendeharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada oang-orang miskin daripada harta yang Ku-kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku." Nah ini adalah hadis qudsi lain yang menekankan kita untuk menginfakkan(sedekah) harta kita kepada orang lain. Pasti besar hikmah dan pulangannya jika kita berbuat demikian tetapi janganlah diniatkan apabila kita bersedekah itu semata-mata untuk mendapat pulangannya semata-mata untuk mendapat ganjarannya tetapi niatlah hanya kerana-Nya. Insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment