Monday, January 10, 2011

Keluarga

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute...inilah tempat di mana aku menimba bagi menambahkan ilmu yang masih kurang di dalam dadaku ini. Jika dilihat dari luarannya ia nampak gah dengan bidang pengkhususan yang hebat-hebat dan moden tetapi siapa sangka ada terdapat perkara yang lebih gah dari itu. Keluarga. Ya! Keluarga... benar aku sudah mempunyai keluargaku sendiri, ibubapaku, abang-abangku, kakak-kakakku dan adik-adikku yang selalu memberi semangat dan dorongan kepadaku untuk terus berjaya tetapi keluarga yang aku maksudkan disini adalah rakan-rakan seperjuanganku yang berada disini di universiti ini. Keluarga yang terbina dengan sendirinya ini bermula dengan titik mulanya sebuah program ataupun organisasi. Ia semakin membesar membesar dan membesar. Ya! mungkin bagi setengah pihak ia hanya kelihatan remeh tetapi pada pemerhatianku keluarga yang terbina ini sangat kuat, sangat teguh. Ya Allah mungkin inilah yang dikatakan ukhwah fillah. Moga kekeluargaan yang terbina ini berkekalan ke akhirnya. Dukacita sekali bagiku beberapa ahli keluarga ini akan terpisah kerana melaksanakan tanggungjawab dari Allah, keluarga dan masyarakat. Ianya tidaklah terputus tetapi hanya terpisah untuk jangka waktu yang tidak diketahui kerana bagiku ia tidak sama sekali akan terputus seperti terusan sungai yang menuju ke laut. Subhanallah Maha Suci BagiMu...Buat mereka yang akan melaksanakan tanggungjawab di negara asing cubaan dan godaan sangat kuat,.belajarlah rajin-rajin atas jalanNya, jagalah diri ibarat rama-rama di dalam bekas kaca, jagalah kesihatan dan selalulah hantar perkhabaran apabila di sana nanti. Insya-Allah. Ku iringkan doa kepada kamu. Wassalam.

3 comments: