Tuesday, December 28, 2010
LAZIMKAN MEMBACA NAMA-NAMA ALLAH
Menurut buku zikir Asma'ul Husna, amalan untuk menjadi kaya ialah dengan membaca "Ya Ghaniy" sebanyak 1000 kali sehari. Begitu juga membaca "Ya Mughniy" sebanyak 1000 kali sehari untuk menjadi kaya. Wahai kawan-kawanku yang membaca artikel ini, percayalah pada janji Allah itu akan apa yang dijanjikan tetapi apa yang saya faham di sini andai seberapa banyak ungkapan yang kita lafazkan pun dalam sehari itu jika usaha untuk mendapatkannya tidak dilaksanakan sia-sia sahajalah ungkapanmu itu. Ia diibaratkan seperti pohon yang tidak dibaja bagi menjana pengeluaran buahnya. Benar pohon itu akan berbuah tetapi bila? Itu persoalannya jika kita tidak membaja, tidak mengusahakan dan tidak menyiramnya. Andai kata usaha untuk menjana hasil pengeluarannya membuahkan hasil pula janganlah kita lupa pula bahawa hasil buah itu tadi bukan 100% milik kita. Ingat itu wahai kawan kerana orang yang berjaya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap sesama insan. Oleh itu, benarlah apa yang di firman Allah S.W.T yang saya fahami disini "Keluarkanlah ZAKAT sesungguhnya zakat itu menyucikan hartamu". Nah! Itu membuktikan jika harta yang kita miliki sudah suci sudah tentu rezki yang lain akan datang dengan mudah. Allah Maha Pemurah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good sharing..try bca menyingkap mukjizat al waqiah..
ReplyDelete