Sunday, March 20, 2011

Aku

lama sudah aku tidak masuk ke ruangan ini, nak di katakan tiada yang nak di ceritakan aku rasa banyak sekali...tetapi bagi aku lebih baik aku pendamkannya...aku tidak mahu hanya kerana permasalahan dalam hidup aku di hebahkan kepada dunia...biarlah dunia tahu biarlah mereka tahu hanya yang mereka perlihatkan perihal aku di seharian hari-hari...biarlah aku kongsikan kepada yang benar memahami kerana mereka inilah yang akan membantu aku dan memahami aku tetapi janganlah di lupa pada yang Maha Memahami...kepada siapa lagi jika bukan Dia...walau apa pun aku tetap meniti pembelajaran ini dengan setabah hatiku...bukankah Allah akan uji atas kemampuan kita??? ya! atas sebab itulah aku harus tenang harus belajar dari permasalahan yang aku hadapi..=) terima kasih atas segalanya...=)

Saturday, January 22, 2011

Surau Jusco

Kisah ni berlaku beberapa minggu yang lepas, masa tu aku berjalan berseorangan di jusco bukit tinggi klang...macam biasa la aku ni memang suka sorang-sorang kalau di ikutkan...senang nak gerak..pegi bayar bil, windows shopping...then aku rasa lapar so g la makan dekat pizza....fuh!!!ramai kot orang time tu aku da macam tawar da nak makan dekat situ tapi aku da tringin sangat nak makan pizza so aku masuk gak...entahla da rezki aku kot akak-akak tu serve aku cepat je dan makanan aku pun sampai cepat je...agak banyak la aku makan...da sampai mood..huhhuhu...siap je makan aku tengok jam da masuk maghrib...hmm...ni la kisah yang aku nak cite kan sebenarnye...kjadian di surau...tadi tu mukoddimah jer...da siap aku ambik air sembahyang aku pun solat ikut berjemaah...setelah siap aku solat ada jemaah lain yang baru nak solat dan mereka pun buat la jemaah baru...orang kate jemaah tu kan afdal...tatkala mereka sedang solat kalau x silap aku da msuk rakaat kedua ada plak lagi jemaah ni datang untuk buat solat jemaah...aku ingatkan mereka akan join jemaah tadi tapi rupanya tidak mereka buat jemaah baru plak aku xdapat berkata apa kerana time tu aku duk berdoa..hmmm...lepas tu buat di hadapan jemaah tadi plak tu..bacaan imam sangat lantang...bagus tapi aku xsedap ati dan ada jemaah yang lain yang duduk ngan aku pandang mereka atas kejadian ni...hmmm...Ya Allah aku hendak menegur tapi apakan daya aku...mereka sedang pun menunaikan solat....aku pun geleng kepala dan berlalu pergi....hmmm....bukankah dalam satu-satu masjid atau pun surau tidak boleh ada dua imam jalan seiringin? ke aku yang silap tapi kuat di hati aku aku betul....siapa yang terbaca ni ingatlah dan teguri lah mereka andai kamu mampu...Waallahualam...

Wednesday, January 12, 2011

Aku pasti melakukan itu esok pagi??

23. Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, " Aku pasti melakukan itu esok pagi,"
24. kecuali (dengan mengatakan) "Insya-Allah.492 Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."  18 Al-Kahf : 23&24.

Keterangan 492 = Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu beliau menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan beliau tidak mengucapkan Insya-Allah (ertinya jika Allah menghendaki). Tetapi rupanya sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut Insya-Allah haruslah segera menyebutnya kemudian.

Monday, January 10, 2011

Keluarga

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute...inilah tempat di mana aku menimba bagi menambahkan ilmu yang masih kurang di dalam dadaku ini. Jika dilihat dari luarannya ia nampak gah dengan bidang pengkhususan yang hebat-hebat dan moden tetapi siapa sangka ada terdapat perkara yang lebih gah dari itu. Keluarga. Ya! Keluarga... benar aku sudah mempunyai keluargaku sendiri, ibubapaku, abang-abangku, kakak-kakakku dan adik-adikku yang selalu memberi semangat dan dorongan kepadaku untuk terus berjaya tetapi keluarga yang aku maksudkan disini adalah rakan-rakan seperjuanganku yang berada disini di universiti ini. Keluarga yang terbina dengan sendirinya ini bermula dengan titik mulanya sebuah program ataupun organisasi. Ia semakin membesar membesar dan membesar. Ya! mungkin bagi setengah pihak ia hanya kelihatan remeh tetapi pada pemerhatianku keluarga yang terbina ini sangat kuat, sangat teguh. Ya Allah mungkin inilah yang dikatakan ukhwah fillah. Moga kekeluargaan yang terbina ini berkekalan ke akhirnya. Dukacita sekali bagiku beberapa ahli keluarga ini akan terpisah kerana melaksanakan tanggungjawab dari Allah, keluarga dan masyarakat. Ianya tidaklah terputus tetapi hanya terpisah untuk jangka waktu yang tidak diketahui kerana bagiku ia tidak sama sekali akan terputus seperti terusan sungai yang menuju ke laut. Subhanallah Maha Suci BagiMu...Buat mereka yang akan melaksanakan tanggungjawab di negara asing cubaan dan godaan sangat kuat,.belajarlah rajin-rajin atas jalanNya, jagalah diri ibarat rama-rama di dalam bekas kaca, jagalah kesihatan dan selalulah hantar perkhabaran apabila di sana nanti. Insya-Allah. Ku iringkan doa kepada kamu. Wassalam.

Saturday, January 8, 2011

Sama banyak

Allah S.W.T berfirman dalam sebuah hadis qudsi: "Wahai manusia, perbendeharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada oang-orang miskin daripada harta yang Ku-kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku." Nah ini adalah hadis qudsi lain yang menekankan kita untuk menginfakkan(sedekah) harta kita kepada orang lain. Pasti besar hikmah dan pulangannya jika kita berbuat demikian tetapi janganlah diniatkan apabila kita bersedekah itu semata-mata untuk mendapat pulangannya semata-mata untuk mendapat ganjarannya tetapi niatlah hanya kerana-Nya. Insya-Allah.

Tuesday, December 28, 2010

LAZIMKAN MEMBACA NAMA-NAMA ALLAH

Menurut buku zikir Asma'ul Husna, amalan untuk menjadi kaya ialah dengan membaca "Ya Ghaniy" sebanyak 1000 kali sehari. Begitu juga membaca "Ya Mughniy" sebanyak 1000 kali sehari untuk menjadi kaya. Wahai kawan-kawanku yang membaca artikel ini, percayalah pada janji Allah itu akan apa yang dijanjikan tetapi apa yang saya faham di sini andai seberapa banyak ungkapan yang kita lafazkan pun dalam sehari itu jika usaha untuk mendapatkannya tidak dilaksanakan sia-sia sahajalah ungkapanmu itu. Ia diibaratkan seperti pohon yang tidak dibaja bagi menjana pengeluaran buahnya. Benar pohon itu akan berbuah tetapi bila? Itu persoalannya jika kita tidak membaja, tidak mengusahakan dan tidak menyiramnya. Andai kata usaha untuk menjana hasil pengeluarannya membuahkan hasil pula janganlah kita lupa pula bahawa hasil buah itu tadi bukan 100% milik kita. Ingat itu wahai kawan kerana orang yang berjaya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap sesama insan. Oleh itu, benarlah apa yang di firman Allah S.W.T yang saya fahami disini "Keluarkanlah ZAKAT sesungguhnya zakat itu menyucikan hartamu". Nah! Itu membuktikan jika harta yang kita miliki sudah suci sudah tentu rezki yang lain akan datang dengan mudah. Allah Maha Pemurah.

Thursday, December 23, 2010

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian : Melepaskan rasa sakit dalaman 
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental 
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kali Ya Nur - 1 kali Ya Hadi - 1 kali Ya Allah – 3 kali Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari. 
Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman