Saturday, January 22, 2011
Surau Jusco
Kisah ni berlaku beberapa minggu yang lepas, masa tu aku berjalan berseorangan di jusco bukit tinggi klang...macam biasa la aku ni memang suka sorang-sorang kalau di ikutkan...senang nak gerak..pegi bayar bil, windows shopping...then aku rasa lapar so g la makan dekat pizza....fuh!!!ramai kot orang time tu aku da macam tawar da nak makan dekat situ tapi aku da tringin sangat nak makan pizza so aku masuk gak...entahla da rezki aku kot akak-akak tu serve aku cepat je dan makanan aku pun sampai cepat je...agak banyak la aku makan...da sampai mood..huhhuhu...siap je makan aku tengok jam da masuk maghrib...hmm...ni la kisah yang aku nak cite kan sebenarnye...kjadian di surau...tadi tu mukoddimah jer...da siap aku ambik air sembahyang aku pun solat ikut berjemaah...setelah siap aku solat ada jemaah lain yang baru nak solat dan mereka pun buat la jemaah baru...orang kate jemaah tu kan afdal...tatkala mereka sedang solat kalau x silap aku da msuk rakaat kedua ada plak lagi jemaah ni datang untuk buat solat jemaah...aku ingatkan mereka akan join jemaah tadi tapi rupanya tidak mereka buat jemaah baru plak aku xdapat berkata apa kerana time tu aku duk berdoa..hmmm...lepas tu buat di hadapan jemaah tadi plak tu..bacaan imam sangat lantang...bagus tapi aku xsedap ati dan ada jemaah yang lain yang duduk ngan aku pandang mereka atas kejadian ni...hmmm...Ya Allah aku hendak menegur tapi apakan daya aku...mereka sedang pun menunaikan solat....aku pun geleng kepala dan berlalu pergi....hmmm....bukankah dalam satu-satu masjid atau pun surau tidak boleh ada dua imam jalan seiringin? ke aku yang silap tapi kuat di hati aku aku betul....siapa yang terbaca ni ingatlah dan teguri lah mereka andai kamu mampu...Waallahualam...
Wednesday, January 12, 2011
Aku pasti melakukan itu esok pagi??
23. Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, " Aku pasti melakukan itu esok pagi,"
24. kecuali (dengan mengatakan) "Insya-Allah.492 Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini." 18 Al-Kahf : 23&24.
Keterangan 492 = Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu beliau menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan beliau tidak mengucapkan Insya-Allah (ertinya jika Allah menghendaki). Tetapi rupanya sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut Insya-Allah haruslah segera menyebutnya kemudian.
24. kecuali (dengan mengatakan) "Insya-Allah.492 Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini." 18 Al-Kahf : 23&24.
Keterangan 492 = Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu beliau menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan beliau tidak mengucapkan Insya-Allah (ertinya jika Allah menghendaki). Tetapi rupanya sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut Insya-Allah haruslah segera menyebutnya kemudian.
Monday, January 10, 2011
Keluarga
Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute...inilah tempat di mana aku menimba bagi menambahkan ilmu yang masih kurang di dalam dadaku ini. Jika dilihat dari luarannya ia nampak gah dengan bidang pengkhususan yang hebat-hebat dan moden tetapi siapa sangka ada terdapat perkara yang lebih gah dari itu. Keluarga. Ya! Keluarga... benar aku sudah mempunyai keluargaku sendiri, ibubapaku, abang-abangku, kakak-kakakku dan adik-adikku yang selalu memberi semangat dan dorongan kepadaku untuk terus berjaya tetapi keluarga yang aku maksudkan disini adalah rakan-rakan seperjuanganku yang berada disini di universiti ini. Keluarga yang terbina dengan sendirinya ini bermula dengan titik mulanya sebuah program ataupun organisasi. Ia semakin membesar membesar dan membesar. Ya! mungkin bagi setengah pihak ia hanya kelihatan remeh tetapi pada pemerhatianku keluarga yang terbina ini sangat kuat, sangat teguh. Ya Allah mungkin inilah yang dikatakan ukhwah fillah. Moga kekeluargaan yang terbina ini berkekalan ke akhirnya. Dukacita sekali bagiku beberapa ahli keluarga ini akan terpisah kerana melaksanakan tanggungjawab dari Allah, keluarga dan masyarakat. Ianya tidaklah terputus tetapi hanya terpisah untuk jangka waktu yang tidak diketahui kerana bagiku ia tidak sama sekali akan terputus seperti terusan sungai yang menuju ke laut. Subhanallah Maha Suci BagiMu...Buat mereka yang akan melaksanakan tanggungjawab di negara asing cubaan dan godaan sangat kuat,.belajarlah rajin-rajin atas jalanNya, jagalah diri ibarat rama-rama di dalam bekas kaca, jagalah kesihatan dan selalulah hantar perkhabaran apabila di sana nanti. Insya-Allah. Ku iringkan doa kepada kamu. Wassalam.
Saturday, January 8, 2011
Sama banyak
Allah S.W.T berfirman dalam sebuah hadis qudsi: "Wahai manusia, perbendeharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada oang-orang miskin daripada harta yang Ku-kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku." Nah ini adalah hadis qudsi lain yang menekankan kita untuk menginfakkan(sedekah) harta kita kepada orang lain. Pasti besar hikmah dan pulangannya jika kita berbuat demikian tetapi janganlah diniatkan apabila kita bersedekah itu semata-mata untuk mendapat pulangannya semata-mata untuk mendapat ganjarannya tetapi niatlah hanya kerana-Nya. Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)